Medical Card
Lindungi anda dari kos rawatan hospital supaya simpanan kekal terpelihara.
Medical Card • Hibah • Critical Illness • Savings
Prudential BSN Takaful menyediakan perlindungan komprehensif untuk anda dan keluarga - daripada Medical Card, Hibah Takaful, Pampasan Sakit Kritikal dan pelbagai pelan perlindungan lain. Sebagai Operator Takaful No. 1 di Malaysia, PruBSN sentiasa komited untuk melindungi masa depan dan ketenangan minda anda.
Lindungi anda dari kos rawatan hospital supaya simpanan kekal terpelihara.
Hibahkan manfaat tunai buat insan tersayang untuk mereka teruskan kehidupan.
Pampasan kewangan secara lump sum jika disahkan menghidap penyakit kritikal.
Lindungi perniagaan dari risiko yang boleh menjejaskan operasi dan kestabilan syarikat.
Ramai tidak menyedari bahawa kos rawatan penyakit kritikal boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Tanpa perlindungan yang mencukupi, simpanan anda mungkin terjejas dalam masa yang singkat.
Kos rawatan kanser boleh mencecah ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis rawatan.
Rawatan dan pembedahan jantung boleh memberi beban kewangan yang sangat besar.
Pesakit buah pinggang memerlukan rawatan berterusan yang menelan kos tinggi setiap tahun.
Tanpa Medical Card, kos rawatan hospital perlu dibayar menggunakan simpanan sendiri. Lebih awal anda mempunyai perlindungan, lebih tenang menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Kos rawatan hospital semakin meningkat setiap tahun. Medical Card dapat membantu mengurangkan beban kewangan supaya anda boleh memberi tumpuan kepada proses rawatan tanpa perlu risau tentang bil hospital yang tinggi.
Dapatkan rawatan di hospital swasta terpilih dengan tempoh menunggu yang lebih singkat.
Akses ke lebih 110 rangkaian hospital panel di seluruh Malaysia dengan pelbagai doktor pakar.
Dengan fasiliti cashless, anda boleh fokus pada rawatan, bukan fikir cara nak bayar bil hospital.
Medical Card memastikan kos rawatan ditanggung, supaya anda tidak terbeban dengan bil yang tinggi.
Cuba renung sejenak.. Jika anda meninggal dunia semalam, berapa lama keluarga boleh bertahan dengan simpanan yang ada hari ini? Dengan adanya Hibah Takaful, ia dapat membantu menyediakan manfaat kewangan kepada insan yang anda sayangi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Hibah dapat membantu mereka meneruskan kehidupan tanpa terbeban dengan komitmen kewangan yang ditinggalkan.
Membantu memastikan pasangan dan anak-anak mempunyai sokongan kewangan apabila anda tiada.
Manfaat takaful dihibahkan kepada penerima yang dinamakan mengikut terma yang ditetapkan.
Membantu keluarga meneruskan pembayaran komitmen bulanan dan perbelanjaan harian.
Pampasan Hibah akan terus diberikan kepada penerima hibah, tanpa perlu melalui proses faraid.
Saya percaya setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Sebab itu setiap cadangan yang saya berikan adalah berdasarkan situasi sebenar anda.
Assalamualaikum & Hai !
Saya Mohamad Ikram bin Zulkafli. MTA Agent Code: MTA-H57168.
Saya merupakan Ejen Takaful sepenuh masa Prudential BSN
Takaful.
Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful lebih dari 5 tahun
dan telah mempunyai lebih daripada 100+ client di bawah portfolio
jagaan saya.
Sekiranya anda mencari pelan perlindungan Takaful seperti Hibah,
Medical Card, Pampasan Sakit Kritikal, Investment atau lain-lain
pelan, anda boleh berhubung dengan saya.
Berikut merupakan antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan sebelum mendapatkan perlindungan Takaful.
Ya. Semakin muda dan sihat, peluang untuk mendapat perlindungan adalah lebih baik. Caruman juga biasanya lebih rendah berbanding apabila umur semakin meningkat atau selepas mempunyai masalah kesihatan.
Medical Card syarikat biasanya hanya aktif sepanjang anda masih bekerja. Apabila berhenti kerja, bersara atau bertukar majikan, perlindungan tersebut mungkin akan tamat. Pelan medical card peribadi memberikan perlindungan yang anda miliki sendiri.
Bajet bergantung kepada umur, jantina, status merokok, keadaan kesihatan dan jenis pelan yang dipilih. Saya akan bantu cadangkan pelan yang sesuai mengikut bajet anda.
Hibah Takaful merupakan manfaat kewangan yang boleh diberikan kepada penerima hibah yang dinamakan sekiranya berlaku kematian atau TPD (mengikut terma pelan). Ia membantu mengurangkan beban kewangan keluarga yang ditinggalkan.
Bergantung kepada keadaan kesihatan dan proses penilaian pihak underwriter. Saya boleh membantu membuat semakan awal sebelum permohonan dihantar.
Kebiasaannya permohonan mengambil masa beberapa hari bekerja sehingga beberapa minggu bergantung kepada keperluan dokumen tambahan atau pemeriksaan kesihatan.
Tidak. Konsultasi, semakan keperluan dan cadangan pelan adalah percuma tanpa sebarang komitmen untuk membeli.
Tidak mengapa. Isi borang semakan kelayakan dan saya akan membantu menerangkan pilihan yang paling sesuai berdasarkan keperluan, bajet dan matlamat kewangan anda.
Isi borang di bawah. Saya akan menghubungi anda untuk membantu memilih pelan Medical Card, Hibah atau perlindungan yang paling sesuai berdasarkan keperluan dan bajet anda.
Tiada sebarang caj dan tiada sebarang komitmen dikenakan untuk konsultasi.
Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan konsultasi.
Info yang lengkap dapat menetukan nilai Caruman Bulanan dengan lebih tepat.
Profiling Gaya Hidup ini hanyalah diguna untuk penyediaan proposal sahaja.